WELCOME

SELAMAT DATANG KE BLOG SKTSM2

Tuesday 12 June 2012

AKTIVITI BULAN FEBRUARI

Bulan Februari merupakan satu bulan yang sibuk bagi warga SKTSM2. Banyak program telah berlansung di dalam bulan. Berikut merupakan program-program yang telah diljalankan:

Kejohanan Road Run
Kejohanan Road Run telah diadakan pada hari Sabtu 4 Februari 2012 yang lalu. Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid tahap dua dari tahun empat hingga tahun 6. Trek larian kejohanan ini melalui taman perumahan sekitar sekolah. Perlaksanaan kejohanan road run ini telah mendapat kerjasama pihak Polis bagi menjamin keselamatan murid.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut.




Sambutan Maulidur Rasul
Panatia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul  peringkat sekolah. Sambutan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 10Februari 2012 yang lalu. Kemuncak sambutan ini ialah upacara perarakan murid-murid melalui taman perumahan di sekitar sekolah diiringi dengan bacaan selawat.




Mesyuarat Agong PIBG
Mesyuarat agong PIBG tahun ini telah dijalankan pada hari Ahad, 19 Februari 2012. Pada mesyuarat kali ini, Yang Pertua PIBG yang baru telah dilantik menggantikan En. Kashfi bin Raof.





Majlis Lantikan Pustakawan Sekolah
Majlis Lantikan Pustakawan Sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 21 Februari 2012. Majlis ini dimulai dengan penyampaian sijil lantikan pustakawan kepada semua pustakawan sekolah oleh Puan Shyamala a/p Selvarajah, Guru Besar SKTSM2. Majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar diketui oleh Ketua Pustakawan Sekolah iaitu adik Wan Danial Asyraf bin Wan Azam.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis tersebut.




Majlis Lantikan Pengawas Sekolah

Pada 27 Februari 2012 yang lalu, telah berlansung pula majlis perlantikan pengawas sekolah. Majlis ini diadakan selepas perhimpunan rasmi mingguan di tapak perhimpunan SKTSM2. Majlis ini dimulai dengan ucapan Guru Disiplin sekolah iaitu En. Nor Azmi bin Mohd Zakaria. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Shyamala a/p Selvarajah, Guru Besar SKTSM2. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan sijil lantikan pengawas kepada semua pengawas. Majlis lantikan pengawas ini diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas SKTSM2 iaitu adik Nur Iwani bt Shahrol.