WELCOME

SELAMAT DATANG KE BLOG SKTSM2

Monday, 16 July 2012

Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan serentak oleh 3,660,580 pelajar serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada hari Selasa, 10 Julai 2012.


Program itu merupakan senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara ini dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR)


Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Taman Sri Muda 2.

Monday, 9 July 2012

Sukaneka SK Taman Sri Muda 2

Pada 30 Jun 2012 yang lalu, SK Taman Sri Muda 2 Telah menganjurkan kejohanan sukaneka untuk murid tahap 1. Sukaneka tersebut telah diadakan di Padang SK Taman Sri Muda 2. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar sukaneka tersebut.

Sukaneka Bahagian 1





Sukaneka Bahagian 2





Sukaneka Bahagian 3


Sunday, 24 June 2012

AKTIVITI BULAN MEI SK TAMAN SRI MUDA 2

Sambutan Hari Guru 2012
Berikut merupakan gambar sekitar Sambutan Hari Guru di SK Taman Sri Muda 2.



Tuesday, 12 June 2012

AKTIVITI BULAN APRIL

Program-program yang telah dijalankan dalam bulan April:

Program Gotong-Royong Bersama PIBG
Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SKTSM2 telah menjalankan aktiviti gotong royong pada 14 April 2012yang lalu. Program ini adalah kesinambungan daripada program gotong-royong yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menceriakan lagi SKTSM2 ini. Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada ibubapa. 

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perjalanan program berlansung.




Program Anti Dadah
Pada 30 April yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Anti Dadah. Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran terhadap murid tentang bahaya penggunaan dadah. Pihak Pemadam telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Satu pameran tentang penyalahgunaan dadah telah diadakan. sewaktu program ini berlansung.


AKTIVITI BULAN MAC

Sepanjang bulan Mac, beberapa program telah berlansung di SK Taman Sri Muda (2). Antara program tersebut ialah:

Program Gotong-Royong Peringkat Sekolah.
Jawatankuasa Kebersihan dan Kecerian di bawah unit HEM SKTSM2 telah menganjurkan program gotong-royong peringkat sekolah. Program ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2012. Semua kakitangan SKTSM2 telah memberikan kerjasama menjayakan program gotong-rotong ini. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari.

Berikut merupakan gambar yang diambil sekitar program gotong-royong tersebut.




Program Motivasi Tahun 6
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTSM2 telah menganjurkan Program Motivasi bagi murid-murid tahun 6 pada 5 Mac 2012 yang lalu. Program ini bermatlamat meningkatkan motivasi murid-murid tahun 6 agar mereka belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.




Bengkel Teknik Menjawab UPSR
Bagi memastikan murid-murid tahun 6 menguasai teknik menjawab soalan yang betul, pihak sekolah telah  menjalankan bengkel teknik menjawab UPSR. Program ini telah dilaksanakan selama tiga hari iaitu pada 12, 13 dan 14 mac 2012 yang lalu. Penceramah dari luar telah dijemput bagi memberikan ceramah teknik menjawab ini kepada murid-murid tahun 6 SKTSM2.




Majlis Pelancaran Program Nilam
Pada 26 Mac 2012 yang lalu telah berlansung majlis pelancaran Program Nilam peringkat sekolah. Upacara pelancaran ini telah disempurnakan oleh Encik Uthaya Sankar SB dari Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.