WELCOME

SELAMAT DATANG KE BLOG SKTSM2

Tuesday 12 June 2012

AKTIVITI BULAN APRIL

Program-program yang telah dijalankan dalam bulan April:

Program Gotong-Royong Bersama PIBG
Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SKTSM2 telah menjalankan aktiviti gotong royong pada 14 April 2012yang lalu. Program ini adalah kesinambungan daripada program gotong-royong yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menceriakan lagi SKTSM2 ini. Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada ibubapa. 

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perjalanan program berlansung.




Program Anti Dadah
Pada 30 April yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Anti Dadah. Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran terhadap murid tentang bahaya penggunaan dadah. Pihak Pemadam telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Satu pameran tentang penyalahgunaan dadah telah diadakan. sewaktu program ini berlansung.


No comments:

Post a Comment