WELCOME

SELAMAT DATANG KE BLOG SKTSM2

Tuesday 12 June 2012

AKTIVITI BULAN MAC

Sepanjang bulan Mac, beberapa program telah berlansung di SK Taman Sri Muda (2). Antara program tersebut ialah:

Program Gotong-Royong Peringkat Sekolah.
Jawatankuasa Kebersihan dan Kecerian di bawah unit HEM SKTSM2 telah menganjurkan program gotong-royong peringkat sekolah. Program ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2012. Semua kakitangan SKTSM2 telah memberikan kerjasama menjayakan program gotong-rotong ini. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari.

Berikut merupakan gambar yang diambil sekitar program gotong-royong tersebut.




Program Motivasi Tahun 6
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTSM2 telah menganjurkan Program Motivasi bagi murid-murid tahun 6 pada 5 Mac 2012 yang lalu. Program ini bermatlamat meningkatkan motivasi murid-murid tahun 6 agar mereka belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.




Bengkel Teknik Menjawab UPSR
Bagi memastikan murid-murid tahun 6 menguasai teknik menjawab soalan yang betul, pihak sekolah telah  menjalankan bengkel teknik menjawab UPSR. Program ini telah dilaksanakan selama tiga hari iaitu pada 12, 13 dan 14 mac 2012 yang lalu. Penceramah dari luar telah dijemput bagi memberikan ceramah teknik menjawab ini kepada murid-murid tahun 6 SKTSM2.




Majlis Pelancaran Program Nilam
Pada 26 Mac 2012 yang lalu telah berlansung majlis pelancaran Program Nilam peringkat sekolah. Upacara pelancaran ini telah disempurnakan oleh Encik Uthaya Sankar SB dari Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

No comments:

Post a Comment