WELCOME

SELAMAT DATANG KE BLOG SKTSM2

Sunday 10 June 2012

AKTIVITI ENAM BULAN PERTAMA 2012

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI SKTSM2
Sepanjang enam bulan pertama 2012 ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah.

AKTIVITI BULAN JANUARI

Pihak sekolah telah mengadakan Program Permuafakatan Guru dan Ibubapa murid tahun enam pada 28 Januari 2012 yang lalu. Program ini dilaksankan bagi menjalinkan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibubapa ke arah kecermerlangan murid-murid tahun enam dalam peperiksaan UPSR nanti.

Dalam majlis ini, ibubapa telah diberi penerangan mengenai program-program yang telah dirangka pleh pihak sekolah bagi membantu murid mencapai kecemerlangan. Selain itu, maklum balas dari ibubapa juga dikumpulkan untuk menambah baik program-program kecemerlangan tahun enam ini.

Gambar-gambar berikut diambil sewaktu majlis tersebut berlansung.